CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 10 December 2011

KAJIAN TEMPATAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KAJIAN TEMPATAN
Minggu 1
Tema               :  3.   Mengenal Negara Kita
Topik               :  3.1 Lokasi Malaysia
Sub topik         :  a.  Di Asia Tenggara
Hasil Pemb     :  1.  Menyatakan kedudukan Malaysia pada peta Asia Tenggara
                                 berpandukan arah mata angin.
                            2.  Menyatakan kedudukan Malaysia pada peta Asia
                            3.  Menyenaraikan peta Asia Tenggara yang berjiran 
                                 dengan Malaysia.
Aktiviti             :  Melabelkan Negara-negara yang berjiran dengan Malaysia  
                           pada peta Asia Tenggara.
Unsur patriotisme:  Berbangga dengan kedudukan Malaysia yang strategik 

1.    1Guru menunjukkan peta Asia Tenggara kepada murid dan memberi
           penerangan Negara- negara yang berjiran dengan Malaysia.
           Negara-negara Asia Tenggara ialah:



2.     Filipina
3.     Indonesia
4.     Kemboja
5.     Laos
6.     Malaysia
7.     Myanmar
8.     Singapura
9.     Thailand
11.  Vietnam






       2. Guru memberi murid lakaran arah mata angin dan meminta murid 
            menunjukkan kedudukan Malaysia.

.



              3.  Guru memberi murid peta kosong dan meminta melabel 
                    negara-negara Asia Tenggara.



                    Latihan
                   Jawab soalan-soalan berikut

              1.  Sebutkan negara-negara Asia Tenggara yang 
                   teletak di bahagian utara Malaysia

                     __________________________________

                     __________________________________

              2.  Sebutkan negara-negara Asia Tenggara yang 
                   terletak di bahagian selatan Malaysia

                     _______________________________

                    _______________________________

              3.  Malaysia dipisahkan dengan negara Singapura 
                   oleh __________
            
                        a.  Selat Melaka
                      
                        b.  Selat Tebrau
            
                       c.  Laut China Selatan


                       d.  Lautan Pasifik

                4.  Negara yang terletak bersebelahan dengan 
                     Sabah dan Sarawak  ialah    _______________


                 5.  Ibu negara Malaysia ialah ________________


Thursday 8 December 2011

Unsur Patriotisme


Di dalam matapelajaran Kajian Tempatan unsur patriotisme perlu diterapkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi menyemai sikap cintakan agama,bangsa dan negaara.Diantara unsur patriotisme yang terkandung ialah:-
  • Bersyukur
  • Berbangga
  • Bertanggungjawab
  • Bertimbangrasa
  • Memelihara
  • Menyanjung
  • Menghormati
  • Menghayati
  • Menghargai
  • Menyayangi




Lagu Patriotik

Tanah Pustaka



Monday 5 December 2011

BAHTERA MERDEKA

NEGARAKU

Sunday 4 December 2011

IKLIM KHATULISTIWA


Iklim Khatulistiwa
 
         Iklim Khatulistiwa, juga dikenali sebagai iklim Hutan Hujan Tropika, iaitu iklim tropika yang tidak mengalami musim kering, iaitu kesemua 12 bulan dalam setahun mencatat nilai kerpasan min sekurang-kurangnya 60 mm (2.36 inci). 
 Iklim khatulistiwa tiada musim panas dan sejuk yang ketara, sebaliknya bercuaca panas dan lembap sepanjang tahun dengan hujan lebat yang turun pada waktu petang hampir setiap hari. Panjang waktu siangnya hampir sama setiap hari, meskipun jurang perbezaan suhu purata antara siang dan malam jauh lebih ketara berbanding perbezaan suhu purata antara "musim panas" dan "musim sejuk".
Iklim khatulistiwa biasanya ditemui di garis lintang antara lima darjah di Utara dan Selatan dari khatulistiwa yang didominasi oleh Zon Pertemuan Antartropika. Namun demikian, di tempat lain wujudnya juga mikroiklim tropika, apatah lagi bukan semua tempat di sepanjang rantau khatulistiwa beriklim khatulistiwa.

CIRI-CIRI IKLIM KHATULISTIWA


  1. 1.   Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun
  2. 2.    Kawasan di dunia yang terletak antara 5° hingga 10° dan Selatan dari garisan Khatulistiwa mengalami iklim Khatulistiwa.
  3. 3.    Min suhu tahunannya adalah di antara 26° hingga 27° C
  4. 4.    Julat suhu tahunannya kecil iaitu kurang daripada 2° C kerana:
-         Malaysia di kelilingi oleh laut
-         Hujan lebat turun sepanjang tahun
-         Banyak awan
-         Kelembapannya tinggi iaitu kira-kira 80° C.


  1. 5.    Julat suhu hariannya ialah kira-kira 12° C
  2. 6.    Suhu waktu siang mungkin naik ke 33° C.
  3. 7.    Suhu waktu malam mungkin turun ke 21° C.
  4. 8.    Malaysia menerima hujan lebat iaitu antara 2000 hingga 3000 mm setahun
  5. 9.    Kebanyakan hujan yang turun adalah hujan perolakan dan hujan bukit.
      10.Hujan paling lebat turun adalah dalam bulan April dan Oktober semasa  
           peralihan angin monsun dalam bentuk hujan perolakan. 
                   11..   Angin Monsun Barat Daya (bertiup dari Mei hingga September) dan  
           Angin Monsun Timur Laut (bertiup November hingga Mac) membawa 
           hujan bukit.



                   Hutan Hujan Khatulistiwa





Thursday 1 December 2011

KAJIAN TINDAKAN


  • Kajian tindakan bermula dengan timbulnya satu masalah dalam proses P&P yang dihadapi oleh guru. Masalah ini kan cuba diselesaikan dengan melakukan perancangan untuk mengatasinya, bertindak mengikut strategi yang dirancang, mengumpul data dan memerhati strategi penyelesaian dan diakhiri dengan kesan refleksi daripada hasil tindakan tersebut. Jika penyelesaian masalah masih belum memuaskan, kitaran kajian tindakan ini (iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek) akan diulang sehingga objektif tercapai.
  • Kajian tindakan merupakan satu orientasi kepada penyelidikan berbanding kaedah. Kajian tindakan bukanlah satu kaedah.
  • Kajian ini menggabungkan siasatan dengan tindakan seperti satu cara perubahan merangsang dan menyokong serta sebagai langkah menaksir kesan perubahan itu.
  • Terdapat EMPAT langkah asas dalam melaksanakan kajian tindakan iaitu MERANCANG, BERTINDAK, MEMERHATI dan MEREFLEK yang dilakukan secara berurutan dalam bentuk gelungan.


KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan mempunyai beberapa kepentingan kepada guru-guru di sekolah, kerana melaluinya guru dapat memainkan peranan sebagai seorang penyelidik yang mengkaji sistem P&P nya di kelas...Pelaksanaan kajian tindakan di dalam kelas ini bertujuan untuk:
  • meningkatkan keberkesanan pengajaran guru.
  • meningkatkan prestasi pencapaian murid.
  • mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran dalam sesuatu subjek.
  • membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran.
Selain bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan pencapaian rendah di kalangan murid, Kajian Tindakan juga boleh dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap cemerlang.

JENIS-JENIS KAJIAN TINDAKAN
Terdapat 2 jenis kajian tindakan menurut Creswell (2005):
1. 
kajian tindakan amalan (practical action research)
  • melibatkan peninjauan tentang amalan pengajaran guru dalam konteks isu-isu di dalam bilik darjah.
  • dijalankan sama ada melalui dirinya sendiri atau pun melibatkan rakan sejawat beliau yang mengajar mata pelajaran yang sama dengan memberi fokus terhadap amalan guru dan pembelajaran pelajar.
  • guru mesti melaksanakan satu pelan tindakan bagi mencapai matlamat beliau sebagai seorang guru penyelidik (teacher as researcher).


Proses pelaksanaan dalam kajian tindakan yang merangkumi 4 perkara asas iaitu:
  1. MERANCANG (PLANNING)
  2. BERTINDAK (ACTING)
  3. MEMERHATI (OBSERVING)
  4. MEREFLEK (REFLECTING)
  • Langkah-langkah ini dilaksanakan secara berurutan dalam bentuk gelungan.
  • Gelungan dalam rajah di atas menggambarkan proses pelaksanaan tanpa penghujung.
  • 4 proses ini akan dilaksanakan apabila sesuatu masalah atau kelemahan P&P di dalam kelas mahu diatasi.
  • Guru atau pengkaji akan cuba menangani satu masalah tertentu seperti meningkatkan penguasaan sesuatu kemahiran dalam sesuatu mata pelajaran dengan mencuba pelbagai aktiviti P&P untuk menangani masalah itu.
  • Pemerhatian yang teliti dan membuat catatan semasa kajian berlangsung perlu dilakukan untuk mengelakkan kesukaran untuk mengesan dengan tepat kelemahan aktiviti yang dilaksanakan.
Proses kajian yang dilaksanakan untuk menangani masalah-masalah pembelajaran yang telah dikenalpasti berlaku berterusan sehingga semua masalah dapat diatasi.

Thursday 24 November 2011

Lawatan Ke Melaka Bandar Bersejarah

Bagi memahami dengan lebih mendalam lagi Sejarah Awal negara, Unit Lawatan dan Pelancongan  sekolah telah menganjurkan Lawatan Tahun 6 (aktiviti selepas peperiksaan UPSR) ke negeri Melakan Bandar Bersejarah.Perasaan murid-murid memang sangat seronok dan sedikit teruja.Banyak pengalaman yang telah dikutip sepanjang dua hari satu malam berada di negeri Melaka ini.


Kincir Air

Kapal terbang yang penuh sejarah

Kapal Samudera

Zoo Melaka

Monumen yang terdapat di Taman Buaya,Melaka

Replika keris Taming Sari

Menaiki bot menyusuri Sungai Melaka



Monday 21 November 2011



KESULTANAN MELAYU MELAKA


Faktor-faktor Perkembangan Melaka sebagai Pusat Perdagangan
Kedudukan Geografi
o    Kedudukan strategik kerana terlindung dari tiupan angin monsun
o    Perairan Selat Melaka yang terlindung ini membolehkan kapal dagang berlabuh dengan selamat
o    Bentuk muka bumi Melaka yang berbukit sesuai dijadikan kubu pertahanan yang baik

Hubungan dengan Negara China
o    Mendapat perlindungan dari China menyebabkan Melaka diiktiraf sebagai pusat perdagangan penting di Asia Tenggara.
o    Melaka terselamat dari ancaman Siam dan Majapahit.
o    Menggalakkan lebih ramai saudagar China berdagang di Melaka.
Sistem Pemerintahan dan Pntadbiran yang sistematik
o    Sistem pembesar empat lipatan menjamin pengurusan pentadbiran yang berkesan
o    Pelaksanaan undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka membantu pentadbiran Melaka.
o    Undang-undang Laut Melaka yang menetapkan Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca memudahkan interaksi pedagang.
o    Orang Laut bertanggungjawab memastikan keselamatan di laut dan mengawal keselamatan pelabuhan Melaka

Dasar Perdagangan
o    Hal-hal perdagangan diuruskan Syahbandar,Nakhoda dan Kiwi
o    Syahbandar -orang tengah antara pedagang dan kerajaan dalam pungutan cukai
o    Nakhoda – mengendali hal-hal perdagangan, penyelarasan dan pelayaran di pelabuhan Melaka
o    Kiwi -mengikut kapal yang membawa barang dagangan
o    Sistem cukai berkeutamaan diperkenalkan iaitu 6% ke atas barangan India, Burma, Sri Lanka, 3%ke atas barangan dari kepulauan Melayu
o    Pedagang mesti dapatkan surat kebenaran sebelum berniaga
o    Sistem ukuran dan timbangan yang standard digunakan
o    Sistem tukar barang atau mata wang diamalkan

Pelbagai jenis barang dan bahan mentah
o    Barangan import dari barat seperti Coromandel, Persi dan Arab ialah gula, beras, sayuran dan daging
o    Melaka bertukar barangan dengan China seperti bijih, tembaga dan gaharu
o    Melaka beroleh barang dagangan seperti rempah, kayu-kayan dan beras dari Burma, Jawa dan Siam.

Kemudahan-kemudahan
o    Gudang yang disediakan dipagar dan ada penjaga
o    Gudang untuk menyimpan barangan pedagang
o    Kemudahan membaiki kapal turut tersedia
o    Terdapat juga tempat penginapan, bekalan makan dan minuman yang disediakan kepada pedagang

Peranan keagamaan
o    Membentuk sebuah empayar Islam
o    Pedagang Islam merupakan pedagang utama di Melaka
o    Pengislaman Parameswara mempengaruhi perpindahan saudagar Islam dari Sumatera Utara ke Melaka

Dasar Penaklukan   
o    Meluaskan kuasa di kawasan Tanah Melayu hingga pinggir laut Sumatera
o    Melaka memperoleh emas dari Siak, lada hitam dan emas dari Rokan dan Kampar
o    Kawasan jajahan yang luas mengukuhkan kedudukan Melaka sebagai empayar yang unggul

MATA PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN

KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5
Sejarah Melaka
Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.
Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ. Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut.
Pilihan Parameswara begitu tepat sekali kerana kedudukan Melaka yang strategik. Lokasinya di tengah-tengah tebing Selat Melaka yang menghubungkan negara China ke India dan Timur telah menjadikannya tempat yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan. Kedatangan pedagang-pedagang Arab serta pedagang-pedagang dari Timur dan Barat telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang sibuk dengan ratusan kapal yang singgah setiap tahun. Parameswara yang telah memeluk Islam melalui seorang ulama dari Jeddah pada tahun 1414 telah meletakkan asas kemajuan negeri Melaka sebagai pusat perdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung di rantau ini.