CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 24 November 2011

Lawatan Ke Melaka Bandar Bersejarah

Bagi memahami dengan lebih mendalam lagi Sejarah Awal negara, Unit Lawatan dan Pelancongan  sekolah telah menganjurkan Lawatan Tahun 6 (aktiviti selepas peperiksaan UPSR) ke negeri Melakan Bandar Bersejarah.Perasaan murid-murid memang sangat seronok dan sedikit teruja.Banyak pengalaman yang telah dikutip sepanjang dua hari satu malam berada di negeri Melaka ini.


Kincir Air

Kapal terbang yang penuh sejarah

Kapal Samudera

Zoo Melaka

Monumen yang terdapat di Taman Buaya,Melaka

Replika keris Taming Sari

Menaiki bot menyusuri Sungai Melaka



Monday 21 November 2011



KESULTANAN MELAYU MELAKA


Faktor-faktor Perkembangan Melaka sebagai Pusat Perdagangan
Kedudukan Geografi
o    Kedudukan strategik kerana terlindung dari tiupan angin monsun
o    Perairan Selat Melaka yang terlindung ini membolehkan kapal dagang berlabuh dengan selamat
o    Bentuk muka bumi Melaka yang berbukit sesuai dijadikan kubu pertahanan yang baik

Hubungan dengan Negara China
o    Mendapat perlindungan dari China menyebabkan Melaka diiktiraf sebagai pusat perdagangan penting di Asia Tenggara.
o    Melaka terselamat dari ancaman Siam dan Majapahit.
o    Menggalakkan lebih ramai saudagar China berdagang di Melaka.
Sistem Pemerintahan dan Pntadbiran yang sistematik
o    Sistem pembesar empat lipatan menjamin pengurusan pentadbiran yang berkesan
o    Pelaksanaan undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka membantu pentadbiran Melaka.
o    Undang-undang Laut Melaka yang menetapkan Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca memudahkan interaksi pedagang.
o    Orang Laut bertanggungjawab memastikan keselamatan di laut dan mengawal keselamatan pelabuhan Melaka

Dasar Perdagangan
o    Hal-hal perdagangan diuruskan Syahbandar,Nakhoda dan Kiwi
o    Syahbandar -orang tengah antara pedagang dan kerajaan dalam pungutan cukai
o    Nakhoda – mengendali hal-hal perdagangan, penyelarasan dan pelayaran di pelabuhan Melaka
o    Kiwi -mengikut kapal yang membawa barang dagangan
o    Sistem cukai berkeutamaan diperkenalkan iaitu 6% ke atas barangan India, Burma, Sri Lanka, 3%ke atas barangan dari kepulauan Melayu
o    Pedagang mesti dapatkan surat kebenaran sebelum berniaga
o    Sistem ukuran dan timbangan yang standard digunakan
o    Sistem tukar barang atau mata wang diamalkan

Pelbagai jenis barang dan bahan mentah
o    Barangan import dari barat seperti Coromandel, Persi dan Arab ialah gula, beras, sayuran dan daging
o    Melaka bertukar barangan dengan China seperti bijih, tembaga dan gaharu
o    Melaka beroleh barang dagangan seperti rempah, kayu-kayan dan beras dari Burma, Jawa dan Siam.

Kemudahan-kemudahan
o    Gudang yang disediakan dipagar dan ada penjaga
o    Gudang untuk menyimpan barangan pedagang
o    Kemudahan membaiki kapal turut tersedia
o    Terdapat juga tempat penginapan, bekalan makan dan minuman yang disediakan kepada pedagang

Peranan keagamaan
o    Membentuk sebuah empayar Islam
o    Pedagang Islam merupakan pedagang utama di Melaka
o    Pengislaman Parameswara mempengaruhi perpindahan saudagar Islam dari Sumatera Utara ke Melaka

Dasar Penaklukan   
o    Meluaskan kuasa di kawasan Tanah Melayu hingga pinggir laut Sumatera
o    Melaka memperoleh emas dari Siak, lada hitam dan emas dari Rokan dan Kampar
o    Kawasan jajahan yang luas mengukuhkan kedudukan Melaka sebagai empayar yang unggul

MATA PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN

KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5
Sejarah Melaka
Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.
Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ. Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut.
Pilihan Parameswara begitu tepat sekali kerana kedudukan Melaka yang strategik. Lokasinya di tengah-tengah tebing Selat Melaka yang menghubungkan negara China ke India dan Timur telah menjadikannya tempat yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan. Kedatangan pedagang-pedagang Arab serta pedagang-pedagang dari Timur dan Barat telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang sibuk dengan ratusan kapal yang singgah setiap tahun. Parameswara yang telah memeluk Islam melalui seorang ulama dari Jeddah pada tahun 1414 telah meletakkan asas kemajuan negeri Melaka sebagai pusat perdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung di rantau ini.