CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 19 October 2011

Peperiksaan Datang Lagi....

Salam.....Diam tak diam 2011 hampir ke penghujungnya.Sepanjang tahun ini pelbagai aktiviti yang dirancang telah dijalankan dan ada beberapa lagi aktiviti yang bakal tiba.Sama seperti di sekolah-sekolah lain, sekolahku juga tidak pernah sunyi dengan pelbagai aktiviti padat.Semua guru, murid dan kakitangan yang lain mengambil tempat memainkan peranan masing-masing melunaskan apa sahaja amanah yang diberi.Bagi murid-murid keseronokan berganda apabila aktiviti atau pertandingan yang mereka ikuti mendapat ganjaran berupa hadiah.Bagi guru-guru pula berhempas pulas memikirkan aktiviti yang hendak diberikan kepada murid-murid agar menarik dan lebih bermanfaat.Disamping itu, guru-guru harus memerah otak pula merancang dan memikirkan soalan-soalan Ujian Bulanan dan yang terkini Peperiksaan Akhir Tahun.Bagi murid-murid Tahun 6 Peperiksaan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) telah selesai mereka jalani pada 13 September hingga 15 Septemper 2011 yang lalu.Kelas Pendidikan Khas Intergrasi (ada di sekolahku juga) memilih tarikh 10 Oktober hingga 14 Oktober 2011 dan akhirnya bagi murid-murid kelas perdana dari Tahun 1 hingga 6 (selain subjek teras bagi murid-murid tahun 6 sahaja) menghadapi peperiksaan 18 Oktober hingga 20 Oktober 2011.Bagi guru-guru sudah pasti soalan-soalan yang dipilih mengikut Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)  Akhirnya bukan murid-murid sahaja yang tidak sabar menunggu markah mereka, tetapi bagi guru-guru juga.Di sinilah seorang guru itu dinilai dan sebagai penanda aras keberkesanan proses pengajaran dan pembelajarannya sepanjang tahun......